Thursday, October 1, 2009

10 SEBAB NIK AZIZ PERLU LETAK JAWATAN

10 perkara yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali - sumber: Sinar 28/09/09
1. Terlalu lama memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri dan menjadi pemimpin parti sehingga timbul dalam nalurinya mahukan semua benda adalah serba baru.

2. Faktor usia juga antara sebab mengapa pemimpin PAS itu seperti seorang nyanyuk apabila melihat orang lain selalu berbuat kesalahan tanpa usul periksa dan mudah menerima pakai laporan tanpa usul periksa.

3. Nik Aziz uzur dan sakit serta kerap keluar masuk hospital hingga tidak dapat menumpukan pada tugasnya sebagai Menteri Besar, melainkan asyik berceramah sehingga gagal menjadi pentadbir yang baik.

4. Pemimpin itu secara tidak sedar telah merosakkan imej Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan termasuk cuba mengambil alih tugas malaikat dan tugas Allah untuk menentukan siap yang akan masuk syurga dan neraka.

5. “Dia (Nik Abdul Aziz) juga menentukan solat saya di terima Tuhan atau tidak. Sebagai pendakwah dia harus buat kebaikan, bukan menentukan hukum dan balasan yang tak terjangkau oleh manusia.”

6. “Sebab keenam, dia menjadi alat dan perkakas kepada parti DAP yang bertentangan dengan pelaksanaan hukum Allah”.

7. Turut menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam.

8. Ramai pemimpin PAS Kelantan dan Pusat mahukan beliau berundur daripada menjadi pentadbir dan pemimpin politik, tetapi tidak berani untuk bersuara.

9. Mempunyai sikap riak dan takbur sehingga menganggap dirinya saja yang betul.

10. Gagal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah sehingga menyebabkan lebih 100,000 rakyat negeri itu berhijrah ke negeri lain mencari rezeki.

Read more...

Anwar Nak Selamatkan Malaysia?

About This Blog

NIK AZIZ MILIKI ILMU FIRASAT - UMNO DIKATAKAN SESAT?

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP